Sunday, 16 October 2011

Aku Cemburu Ya Allah! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Aku Cemburu Ya Allah! | iluvislam.com + discover the beauty of islam



Di hening pagi,
Ketika sang suria masih lagi samar-samar memancarkan sinarnya,
Ketika dedaunan masih basah disirami embun,
Ketika seluruh alam masih lagi sunyi,
Diriku hanya bertemankan sepi.

Aku melihat alam ciptaan Allah,
Langit yang membiru dan terbentang luas,
Pokok-pokok hijau yang tidak henti berzikir kepada Allah,
Kerdil aku rasakan ketika berada di hadapanMu, ya Allah,
Aku tertunduk,
Tubir mata mula digenangi air jernih,
Aku hanyut dibawa bayangan minda.

Peristiwa-peristiwa semalam,
Seringkali menerjah minda,
Biarpun cuba dipadam dan dilupa,
Namun parut tidak akan pergi begitu sahaja,
Pengalaman hidup jauh dari jalan redha-Nya,
Membuatkanku benar-benar derita,
Tidak mahu aku kembali melalui jalan yang sama.

Ya Allah, aku cemburu!
Aku cemburu kepada mereka,
Mereka yang mempunyai hati yang dipenuhi dengan cinta,
Cinta kepada siapa?
Cinta kepada-Mu wahai Tuhan yang menciptakanku,
Jiwa mereka dihiasi dengan semangat jihad,
Hati mereka diterangi dengan nur cinta yang abadi,
Iman memenuhi kamar sanubari,
Jalan perjuangan sedia mereka tempuhi,
Walaupun mmpunyai ranjau yang melukai.

Segala dugaan yang mendatang,
Dengan tabah mereka lalui,
Setiap tohmahan dan cacian,
Tidak pula mereka peduli,
Kerana hati mereka begitu asyik,
Terleka dan tenggelam oleh manisnya cinta.

Sedang aku di sini,
Dalam kesamaran masih tercari-cari,
Ke manakah hala tuju diri,
Setiap kelemahan berdikit-dikit ku cuba baiki,
Membersihkan kembali segumpal darah yang bernama hati,
Iman yang baru mula untuk berbuah,
Aku rasa begitu payah untuk dipertahankan.

Betapa hebatnya peperangan,
Yang terjadi antara iman dan nafsu,
Terkadang aku berasa ingin berhenti,
Berhenti daripada meneruskan langkah ini,
Tetapi aku tahu,
Bukan mudah untuk menggapai cinta hakiki,
Pengorbanan dan kesakitan harus aku lalui,
Demi sebuah pengakhiran yang bahagia,
Iaitu sebuah tempat di syurga yang ku damba.

Hembusan bayu menyedarkanku kembali,
Ya Allahu Ya Rabbi,
CintaMu menjadi dambaanku,
Dalam keheningan pagi ini,
Aku menadahkan tangan,
Bemohon dan merayu kepada-Mu,
Ampunkan segala dosa-dosaku,
Walaupun amat berat dugaan yang Engkau berikan,
Demi setitis cinta aku relakan,
Ya Allah berikanku kekuatan,
Amin ya Rabbal 'Alamin...

Wednesday, 21 September 2011

Izinkan Cuma Engkau yang Bertakhta di Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam


huhu..selama ini ingat aku jak yg rasa mcm tok..rupanya ada org lain gik...ingatkn aku tok sot or emo....aku suka petika artikel tok: tgk dibah ya...

"Ya Rabbi, pegang hati ini, dakaplah ia seerat-eratnya, jangan sesekali biarkan ia termiliki oleh makhlukMu, ku tidak sanggup menggantikan tempatMu dengan yang lain, tidak sanggup juga berkongsi rasa itu, ku cuma mahu kasih itu teragung untukMu, ku cuma mahu rindu itu terpatri untukMu, ku cuma mahu cinta itu hanya membunga untukMu Tuhan, jangan biarkan daku terkalahkan dengan emosi dan perasaan yang seringkali dipermainkan oleh syaitan.

Ya muqallibal qulub, tetapkanlah jiwa ini setulusnya di jalanMu, pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba kesepian sendirian di hujung jalan yang kelam, jangan biarkan ku terus begini tanpaMu disisi.

Tuhan, Izinkanlah! Cuma ingin Engkau yang bertakhta di hati ini "

Berkali-kali kalimah itu diungkapkan pilu dalam pelantaran sujudnya. Wajah diraup setelah tangan menadah. Hati terus berdoa dan berharap, semoga Dia menerima segala-galanya.


the whole artikel bleh dibaca di link...

Izinkan Cuma Engkau yang Bertakhta di Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Tuesday, 24 May 2011

Holy Water : Hentikan Fitnah Kepada Penganut Kristian | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Holy Water : Hentikan Fitnah Kepada Penganut Kristian | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Keaiban Yang Ditutup Allah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Keaiban Yang Ditutup Allah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Indahnya Tentang Takdir (Bukti Cinta Allah) | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Indahnya Tentang Takdir (Bukti Cinta Allah) | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki? | iluvislam.com + discover the beauty of islam


aku suka apa yang tertera dlm penulisan blog tersebut Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki? | iluvislam.com + discover the beauty of islam....membuka mata....tapi adakah hidup aku jadi macam tue... artiket di bawah untuk aku jadi pengajaran dan pedoman buat masa ini untuk aku meneruskan kehidupan.....

Kehidupan itu pada hakikatnya adalah satu proses pembelajaran. Ilmu tentang kehidupan itu lebih penting dari ilmu yang diperoleh untuk sekeping ijazah.

Kehidupan bukanlah untuk kita tempuhi sebagai satu hari hari yang berlalu, tetapi renungan dan pelajaran yang dapat dipelajari dari hari hari yang berlalu.

Cabaran serta ujian dalam kehidupan itu pastinya ada, ia merupakan satu mekanisma untuk mematangkan diri kita, meningkatkan cara kita berfikir, cara kita berhadapan dengan masalah, mendidik kita untuk sabar, mengajar kita untuk menjadi lebih baik dan yang lebih manis lagi, cabaran serta ujian dalam kehidupan ini telah mendekatkan diri hambaNya kepada yang Maha Kuasa.

Inilah satu proses pembelajaran selama mana kita berada dalam universiti kehidupan.

Saya juga sebagai hamba Allah tidak terlepas dari ujian-Nya.

Perkongsian artikel ini adalah dari pengalaman saya sendiri. Kini hampir 5 bulan perceraian saya dengan bekas suami. Perceraian itu pasti menyakitkan, memedihkan dan memeritkan.

Bukan mudah terutamanya bagi wanita menerima hakikat perceraian yang disebabkan oleh orang ketiga. Tanpa ilmu pastinya akan sukar bila mana kita menghadapi ujian paling besar dalam perkahwinan.

Permulaannya, saya amat kecewa, marah dan terkilan.

Pelbagai persoalan timbul, kenapa ini terjadi, mengapa dia sanggup mengecewakan aku, tidakkah dia mengingati akan pengorbananku, tidak adakah perasaan simpati padaku disaat aku amat perlukan dia, dia melangkah pergi dan pelbagai persoalan lain seakan mencari apakah kesilapanku.

Hampir 3 bulan pertama, saya telah meyeksa diri saya sendiri untuk mendapatkan jawapan dari persoalan – persoalan ini, namun akhirnya saya tahu saya tidak akan dapat memperoleh jawapannya malahan saya akan merosakkan diri saya sendiri.

Pada ketika, saya menyedari tiada siapa yang boleh membantu saya untuk berhadapan dengan ujian getir dalam kehidupan saya, saya telah memilih untuk kembali pada Allah, menyerahkan sepenuh jiwa dan raga pada Allah s.w.t.

Tidak ada sesiapa pun yang dapat memahami hati dan perasaan kita melainkan Allah Taala, mungkin orang di sekeliling kita hanya boleh berkata "banyakkan bersabar", tetapi tidak ada sesiapa yang merasai kepedihan hati seorang isteri yang telah melakukan pengorbanan dalam perkahwinannya melainkan Pencipta hati ini.

Dalam proses pemulihan diri, saya ingatkan pada diri saya untuk meredhai ujian Allah ini.

Namun begitu, saya tidak mahu redha pada mulut sahaja tetapi hati tidak meredhainya, bila hati tidak dapat menerima maka perasaan marah dan kecewa tadi tidak akan hilang dalam hati kita.

Walaupun bukan mudah untuk saya memulihkan diri saya tetapi berkat keyakinan saya dengan pertolongan dan ganjaran Allah yakni Allah memberi ujian untuk meningkatkan darjat hamba-Nya, ujian sebagai tanda Allah sayang pada hamba-Nya, ujian sebagai satu ganjaran pahala dari Allah maka akhirnya saya merebut segala hikmah disebalik ujian ini.

Mendidik hati untuk sabar dan meredhai ujian bukanlah mudah, tetapi sesungguhnya janji Allah itu adalah benar. Apabila hati dididik untuk sabar melalui solat dan doa maka kemanisan ujian itu akhirnya dapat digapai.

Mana mungkin kekuatan itu datang dengan sendirinya tanpa pertolongan dari Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pemberi.

Kini, hati saya lebih tenang dan bahagia, Allah menguji kita tetapi Allah juga yang menunjukkan jalan keluar.

Ujian perceraian ini punya hikmah yang tersendiri. Perlukah kita mengejar cinta manusia yang pada hakikatnya tidak akan kekal, pasti ada perpisahan kerana kita bertemu untuk berpisah.

Kini hati saya berkata, "Ya Allah, jika ujian ini adalah tanda kecintaan-Mu kepadaku, maka aku terima dengan hati yang lapang dan aku bersyukur kepada-Mu, terima kasih Ya Allah melalui ujian-Mu ini aku lebih dekat dengan-Mu, hatiku sentiasa mengingati-Mu, aku tidak mahu merosakkan diriku lagi kerana diriku adalah pemberian-Mu, terima kasih Ya Allah walaupun aku kehilangan cinta manusia tetapi aku telah memperoleh cinta sejatiku,cintaku pada-Mu,kasih sayangku kepada-Mu mampu membawaku ke syurga kenapa perlu aku merebut kasih sayang manusia,.

Ya Allah aku redha dengan ujian-Mu ini, sesungguhnya Kau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku, terima kasih Ya Allah atas ujian-Mu ini. Hatiku kini hanya untuk-Mu, pimpinlah hatiku Ya Allah untuk sentiasa istiqamah dalam perubahan diriku ini kerana sesungguhnya Ya Allah aku ingin mengejar ganjaran pahala dari-Mu dan syurga-Mu."

Maka benarlah janji Allah kepada hambaNya, setiap sesuatu itu adalah ketentuan-Nya dan Allah lebih Maha Mengetahui tiap sesuatu itu.

Ujian dalam kehidupan ini bukanlah kerana Allah mahu menghukum kita tetapi dengan ujian kita akan mempelajari pelbagai ilmu dalam universiti kehidupan.

Ujian dalam kehidupan ini telah mendidik saya erti kesabaran dan ketabahan, mematangkan diri saya, meletakkan cinta kepada Allah s.w.t di tempat pertama dalam hati saya dan saya amat yakin dengan pertolongan Allah kerana Allah adalah sebaik-baik penolong dan pelindung.

Terima Kasih Ya Allah.

- Artikel iluvislam.com

Monday, 23 May 2011

Penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.


Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit "tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?
Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama danMAMPU dalam beragama.
Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.
Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?
Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan Agama Islam" menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?
"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHUyang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHUdan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang 'teachable".- petikan dari www.iluvislam.com  hasil nukilan 
Ustaz Fathi Yusuf

Hurm...kenapalah baru sekarang aku terjumpa benda nie...kalau aku baca dari dulu lagi...semestinya aku yakin mmg dia adalah pilihan hati...Ya ALLAH...aku hamba MU yg hina and lemah...Sesunggahnya Engkau maha mengetahui...bimbinglah aku ke jalan yang benar...dekatkanlah hati ku padaMU YA ALLAH...agar aku tidak terpesong dr jalanMU