Sunday 16 October 2011

Aku Cemburu Ya Allah! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Aku Cemburu Ya Allah! | iluvislam.com + discover the beauty of islam



Di hening pagi,
Ketika sang suria masih lagi samar-samar memancarkan sinarnya,
Ketika dedaunan masih basah disirami embun,
Ketika seluruh alam masih lagi sunyi,
Diriku hanya bertemankan sepi.

Aku melihat alam ciptaan Allah,
Langit yang membiru dan terbentang luas,
Pokok-pokok hijau yang tidak henti berzikir kepada Allah,
Kerdil aku rasakan ketika berada di hadapanMu, ya Allah,
Aku tertunduk,
Tubir mata mula digenangi air jernih,
Aku hanyut dibawa bayangan minda.

Peristiwa-peristiwa semalam,
Seringkali menerjah minda,
Biarpun cuba dipadam dan dilupa,
Namun parut tidak akan pergi begitu sahaja,
Pengalaman hidup jauh dari jalan redha-Nya,
Membuatkanku benar-benar derita,
Tidak mahu aku kembali melalui jalan yang sama.

Ya Allah, aku cemburu!
Aku cemburu kepada mereka,
Mereka yang mempunyai hati yang dipenuhi dengan cinta,
Cinta kepada siapa?
Cinta kepada-Mu wahai Tuhan yang menciptakanku,
Jiwa mereka dihiasi dengan semangat jihad,
Hati mereka diterangi dengan nur cinta yang abadi,
Iman memenuhi kamar sanubari,
Jalan perjuangan sedia mereka tempuhi,
Walaupun mmpunyai ranjau yang melukai.

Segala dugaan yang mendatang,
Dengan tabah mereka lalui,
Setiap tohmahan dan cacian,
Tidak pula mereka peduli,
Kerana hati mereka begitu asyik,
Terleka dan tenggelam oleh manisnya cinta.

Sedang aku di sini,
Dalam kesamaran masih tercari-cari,
Ke manakah hala tuju diri,
Setiap kelemahan berdikit-dikit ku cuba baiki,
Membersihkan kembali segumpal darah yang bernama hati,
Iman yang baru mula untuk berbuah,
Aku rasa begitu payah untuk dipertahankan.

Betapa hebatnya peperangan,
Yang terjadi antara iman dan nafsu,
Terkadang aku berasa ingin berhenti,
Berhenti daripada meneruskan langkah ini,
Tetapi aku tahu,
Bukan mudah untuk menggapai cinta hakiki,
Pengorbanan dan kesakitan harus aku lalui,
Demi sebuah pengakhiran yang bahagia,
Iaitu sebuah tempat di syurga yang ku damba.

Hembusan bayu menyedarkanku kembali,
Ya Allahu Ya Rabbi,
CintaMu menjadi dambaanku,
Dalam keheningan pagi ini,
Aku menadahkan tangan,
Bemohon dan merayu kepada-Mu,
Ampunkan segala dosa-dosaku,
Walaupun amat berat dugaan yang Engkau berikan,
Demi setitis cinta aku relakan,
Ya Allah berikanku kekuatan,
Amin ya Rabbal 'Alamin...

Wednesday 21 September 2011

Izinkan Cuma Engkau yang Bertakhta di Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam


huhu..selama ini ingat aku jak yg rasa mcm tok..rupanya ada org lain gik...ingatkn aku tok sot or emo....aku suka petika artikel tok: tgk dibah ya...

"Ya Rabbi, pegang hati ini, dakaplah ia seerat-eratnya, jangan sesekali biarkan ia termiliki oleh makhlukMu, ku tidak sanggup menggantikan tempatMu dengan yang lain, tidak sanggup juga berkongsi rasa itu, ku cuma mahu kasih itu teragung untukMu, ku cuma mahu rindu itu terpatri untukMu, ku cuma mahu cinta itu hanya membunga untukMu Tuhan, jangan biarkan daku terkalahkan dengan emosi dan perasaan yang seringkali dipermainkan oleh syaitan.

Ya muqallibal qulub, tetapkanlah jiwa ini setulusnya di jalanMu, pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba kesepian sendirian di hujung jalan yang kelam, jangan biarkan ku terus begini tanpaMu disisi.

Tuhan, Izinkanlah! Cuma ingin Engkau yang bertakhta di hati ini "

Berkali-kali kalimah itu diungkapkan pilu dalam pelantaran sujudnya. Wajah diraup setelah tangan menadah. Hati terus berdoa dan berharap, semoga Dia menerima segala-galanya.


the whole artikel bleh dibaca di link...

Izinkan Cuma Engkau yang Bertakhta di Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Tuesday 24 May 2011

Holy Water : Hentikan Fitnah Kepada Penganut Kristian | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Holy Water : Hentikan Fitnah Kepada Penganut Kristian | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Keaiban Yang Ditutup Allah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Keaiban Yang Ditutup Allah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Indahnya Tentang Takdir (Bukti Cinta Allah) | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Indahnya Tentang Takdir (Bukti Cinta Allah) | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki? | iluvislam.com + discover the beauty of islam


aku suka apa yang tertera dlm penulisan blog tersebut Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki? | iluvislam.com + discover the beauty of islam....membuka mata....tapi adakah hidup aku jadi macam tue... artiket di bawah untuk aku jadi pengajaran dan pedoman buat masa ini untuk aku meneruskan kehidupan.....

Kehidupan itu pada hakikatnya adalah satu proses pembelajaran. Ilmu tentang kehidupan itu lebih penting dari ilmu yang diperoleh untuk sekeping ijazah.

Kehidupan bukanlah untuk kita tempuhi sebagai satu hari hari yang berlalu, tetapi renungan dan pelajaran yang dapat dipelajari dari hari hari yang berlalu.

Cabaran serta ujian dalam kehidupan itu pastinya ada, ia merupakan satu mekanisma untuk mematangkan diri kita, meningkatkan cara kita berfikir, cara kita berhadapan dengan masalah, mendidik kita untuk sabar, mengajar kita untuk menjadi lebih baik dan yang lebih manis lagi, cabaran serta ujian dalam kehidupan ini telah mendekatkan diri hambaNya kepada yang Maha Kuasa.

Inilah satu proses pembelajaran selama mana kita berada dalam universiti kehidupan.

Saya juga sebagai hamba Allah tidak terlepas dari ujian-Nya.

Perkongsian artikel ini adalah dari pengalaman saya sendiri. Kini hampir 5 bulan perceraian saya dengan bekas suami. Perceraian itu pasti menyakitkan, memedihkan dan memeritkan.

Bukan mudah terutamanya bagi wanita menerima hakikat perceraian yang disebabkan oleh orang ketiga. Tanpa ilmu pastinya akan sukar bila mana kita menghadapi ujian paling besar dalam perkahwinan.

Permulaannya, saya amat kecewa, marah dan terkilan.

Pelbagai persoalan timbul, kenapa ini terjadi, mengapa dia sanggup mengecewakan aku, tidakkah dia mengingati akan pengorbananku, tidak adakah perasaan simpati padaku disaat aku amat perlukan dia, dia melangkah pergi dan pelbagai persoalan lain seakan mencari apakah kesilapanku.

Hampir 3 bulan pertama, saya telah meyeksa diri saya sendiri untuk mendapatkan jawapan dari persoalan – persoalan ini, namun akhirnya saya tahu saya tidak akan dapat memperoleh jawapannya malahan saya akan merosakkan diri saya sendiri.

Pada ketika, saya menyedari tiada siapa yang boleh membantu saya untuk berhadapan dengan ujian getir dalam kehidupan saya, saya telah memilih untuk kembali pada Allah, menyerahkan sepenuh jiwa dan raga pada Allah s.w.t.

Tidak ada sesiapa pun yang dapat memahami hati dan perasaan kita melainkan Allah Taala, mungkin orang di sekeliling kita hanya boleh berkata "banyakkan bersabar", tetapi tidak ada sesiapa yang merasai kepedihan hati seorang isteri yang telah melakukan pengorbanan dalam perkahwinannya melainkan Pencipta hati ini.

Dalam proses pemulihan diri, saya ingatkan pada diri saya untuk meredhai ujian Allah ini.

Namun begitu, saya tidak mahu redha pada mulut sahaja tetapi hati tidak meredhainya, bila hati tidak dapat menerima maka perasaan marah dan kecewa tadi tidak akan hilang dalam hati kita.

Walaupun bukan mudah untuk saya memulihkan diri saya tetapi berkat keyakinan saya dengan pertolongan dan ganjaran Allah yakni Allah memberi ujian untuk meningkatkan darjat hamba-Nya, ujian sebagai tanda Allah sayang pada hamba-Nya, ujian sebagai satu ganjaran pahala dari Allah maka akhirnya saya merebut segala hikmah disebalik ujian ini.

Mendidik hati untuk sabar dan meredhai ujian bukanlah mudah, tetapi sesungguhnya janji Allah itu adalah benar. Apabila hati dididik untuk sabar melalui solat dan doa maka kemanisan ujian itu akhirnya dapat digapai.

Mana mungkin kekuatan itu datang dengan sendirinya tanpa pertolongan dari Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pemberi.

Kini, hati saya lebih tenang dan bahagia, Allah menguji kita tetapi Allah juga yang menunjukkan jalan keluar.

Ujian perceraian ini punya hikmah yang tersendiri. Perlukah kita mengejar cinta manusia yang pada hakikatnya tidak akan kekal, pasti ada perpisahan kerana kita bertemu untuk berpisah.

Kini hati saya berkata, "Ya Allah, jika ujian ini adalah tanda kecintaan-Mu kepadaku, maka aku terima dengan hati yang lapang dan aku bersyukur kepada-Mu, terima kasih Ya Allah melalui ujian-Mu ini aku lebih dekat dengan-Mu, hatiku sentiasa mengingati-Mu, aku tidak mahu merosakkan diriku lagi kerana diriku adalah pemberian-Mu, terima kasih Ya Allah walaupun aku kehilangan cinta manusia tetapi aku telah memperoleh cinta sejatiku,cintaku pada-Mu,kasih sayangku kepada-Mu mampu membawaku ke syurga kenapa perlu aku merebut kasih sayang manusia,.

Ya Allah aku redha dengan ujian-Mu ini, sesungguhnya Kau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku, terima kasih Ya Allah atas ujian-Mu ini. Hatiku kini hanya untuk-Mu, pimpinlah hatiku Ya Allah untuk sentiasa istiqamah dalam perubahan diriku ini kerana sesungguhnya Ya Allah aku ingin mengejar ganjaran pahala dari-Mu dan syurga-Mu."

Maka benarlah janji Allah kepada hambaNya, setiap sesuatu itu adalah ketentuan-Nya dan Allah lebih Maha Mengetahui tiap sesuatu itu.

Ujian dalam kehidupan ini bukanlah kerana Allah mahu menghukum kita tetapi dengan ujian kita akan mempelajari pelbagai ilmu dalam universiti kehidupan.

Ujian dalam kehidupan ini telah mendidik saya erti kesabaran dan ketabahan, mematangkan diri saya, meletakkan cinta kepada Allah s.w.t di tempat pertama dalam hati saya dan saya amat yakin dengan pertolongan Allah kerana Allah adalah sebaik-baik penolong dan pelindung.

Terima Kasih Ya Allah.

- Artikel iluvislam.com

Monday 23 May 2011

Penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.


Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit "tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?
Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama danMAMPU dalam beragama.
Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.
Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?
Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan Agama Islam" menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?
"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHUyang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHUdan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang 'teachable".- petikan dari www.iluvislam.com  hasil nukilan 
Ustaz Fathi Yusuf

Hurm...kenapalah baru sekarang aku terjumpa benda nie...kalau aku baca dari dulu lagi...semestinya aku yakin mmg dia adalah pilihan hati...Ya ALLAH...aku hamba MU yg hina and lemah...Sesunggahnya Engkau maha mengetahui...bimbinglah aku ke jalan yang benar...dekatkanlah hati ku padaMU YA ALLAH...agar aku tidak terpesong dr jalanMU

Going CRazy

hurm..semalam selepas aku telefon dia...aku rasa semakin nak gila....how am i to live my life without him...how..when all the while my mind keep thinking about him...hurm...penyataan yang dia kata semlm betol2 crush all my whole heart and spirit...he say he never love me..even before our engagement..it really hurt...he the one who teach me not to hate guy..luahkan rasa terpendam di dlm hati...hurm...now he closed the way....

aku sekarang berusaha maybe untuk melupakannya...tp dlm masa yang sama aku akan solat istikarah lagi...untuk mengtahui jalan mana harus ku tujui....

Thursday 19 May 2011

PERUBAHAN FASA

today...Im officially single and available....hurm...very sad..cos i still love him so much..but what eva..saya kene terima kenyataan ini biarpon ia hempedu buat saya...saya kene hadapi semua ini dgn tabah..matang and rasional...hurm...kami dua2 mempunyai ego yg tinggi...sifat kami sama...pemarah...x mahu mengalah...meyukarkn keadaan utk kami bersama....tp...dia pendiam...and aku agak friendly...tp sekarang kwn2 byk menegur aku yg menjadi pendiam....bukan yg diorag kenal dulu....HURM....aku perlukan cuti...dan suatu perjalanan yg jauh utk merehatkan otak dan menenangkan hati....

Wednesday 18 May 2011

Someone You Used To Know

Untuk ku melupakan dirinya amatlah susah....kebanyakan benda yang ada padaku..hp...laptop..bantal...dan byk lagi adalah hadiah darinya....perlakuan ku..sikap ku ada juga yang berubah sbb pengaruh dirinya terhadap ku...kwn2 slalu mengatakn apa yg aku buat sbb dirinya..kenapa mesti ada dia....

Ya Allah....aku sedang cuba untuk melepaskan nya pergi....Ya Allah berilah ku kekuatan dan semangat....agar aku mampu untuk menempuhinya....padamu ku berserah segalanya......memori yang ada susah untuk aku lupuskan...terlalu banyak...memori manis mahupun pahit....tapi untuk sekian kali nya...
sekarang aku lebih tabah dan matang menghadapinya berbanding sebelumnya...aku terus lemah tanpanya di sisi...kami masih saling sayang menyayangi cuma...tiada komunikasi...tiada sefahaman....jadi jalan perisahan mungkin terbaik buat kami..walaupon cinta masih berbaki.....

Ya ALLAH...ku mohon pada mu agar dia bertemu gadis yang lebih menyayangi diri nya...seadanya...lebih memahami dirinya dariku....

Lagu "Someone You Used To Know" memang betol2 menceritakan tentang kami....liriknya (ada dibwh)membuatku terasa sangat sedey...aku xnk lagi jadi burden dlm hidupnya....


It was helpless anyway
There's nothing much we could do or say
Darling don't you think it's a shame?
that it had to end this way

So here's to say goodbye,
our love is lost, and we cant figure why
maybe it really is about time
that we finally made up our minds

So Darling, here's to you
i hope that when you find someone new
that she would always be true to you
to love and understand you

Soon you'll build new memories
then slowly you'd forget about me
then i would slowly be
a distant memory

(Chord)
*Soon i'll just be
that someone you used to know
But darling you will thank me
for letting you go
time is not for wasting
i hope you'll find your intended
But i'm sorry
that your intended isn't me

it's not an easy thing
to shake off our history
i know that's what you want from me
but they will always stay with me

i admit i made mistakes
but darling with you it's just the same
if we stay there will be more to make
i dont know how much more we can take

Darling, it would be unfair
to stay with something no longer there
its not that i no longer care
i'd feel like a burden you cannot bear

Tuesday 17 May 2011

Ayat Cinta Kepada Kekasih | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Ayat Cinta Kepada Kekasih | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Menghadapi Masa Sedih


121- اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ.
121. "Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang." 

Buat masa ini, doa di atas buat menemani menangkan sekeping hati yang kecil ini...sungguh pun aku reda keputusan yang ada...cukupla sampai sini...aku cuba untuk bertabah...aku tahu suatu hari nanti perkara ini akan tiba jua....sedih tapi ...hurm entahlah…
Beberapa hari ini, kesedihan seolah menemani hari-hariku. Ada  sesuatu yang begitu menyentuh hati, sering juga ada kerisauan syang menyayat rasa…aku tidak tahu dan tidak mengerti tentang kesedihan ini…yang jelas, sering tiba-tiba air mata menggenangi sudut-sudut mataku..
Aku jadi teringat dengan mimpi-mimpi ku. Entah berapa kali aku bermimpi tentang aku menangis di hari pernikahan aku…dan aku aku tinggal sendirian…selalu saja mimpi-mimpi itu membuat aku menangis..apakah ini mencermikan ketakutanku akan bersendirian ?..dalam mimpi itu,aku sering disisihkan or dibenci orang?…Anehnya, mimpi itu kerap terjadi dalam tidurku…ketika terbangun kesedihan kerap menyergapku…takutkah aku dengan kesendirian itu ?apakah maskud semua ini..kenapa orang benci padaku …adakah aku yang membenci diriku ini….YA ALLAH…apakah pentanda ini?
Sungguh aku tidak mengerti dengan semua ini…berikan petunjuk untuk aku Ya ALLAH, bebaskan aku dari kesedihan ini…

Saat ini, aku ingin memohon padaMU, hilangkanlah kesedihan ku, kegelisahan dan kerisauanku ini, hanya Engkau tempat aku mengadu, hanya Engkau tempat aku meminta…gantikankanlah kesedihan dan kegundahanku dengan kebahagiaan, tawa, canda yang membahagiakanku, keluargaku, aku tak ingin air mata selalu mengisi mataku, air mata kesedihan, hilangkanlah Ya ALLAH, karena, sesungguhnya, hanya Engkau yang dapat melakukannya....